Accessibility Tools

Skip to main content

April 2018 Aktiviti 2

  • BERITA RINGKAS 11 April ----- Executive Talk anjuran Jabatan Pembangunan Persekutuan Negeri Kelantan (JPPK)

KOTA BHARU, 01 April ----- Pengerusi SPA YBhg. Tan Sri Arpah Abdul Razak telah menyampaikan pembentangan bertajuk Dasar Perkhidmatan Awam dan Isu - Isu Berkaitan (Perspektif SPA) pada program Executive Talk anjuran Jabatan Pembangunan Persekutuan Negeri Kelantan (JPPK). Program ini melibatkan 500 orang penjawat awam daripada pelbagai Jabatan/Agensi Persekutuan dan Negeri. ----- PG

 
 

Continue reading

Februari 2020 Aktiviti 1

  • Lawatan Muhibbah SPA Malaysia ke SPA Negeri Perak

PUTRAJAYA 11 Februari ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) telah berpeluang melawat ke Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) Negeri Perak. Tujuan lawatan untuk berkongsi pandangan dan isu-isu dalam pengambilan penjawat awam.

 
 
 
 
 

Continue reading

Februari 2020 Aktiviti 2

  • Lawatan Sambil Belajar Dari Delegasi Pegawai-Pegawai Kerajaan Zimbabwe

Putrajaya, 07 Februari ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) telah menerima Lawatan Sambil Belajar Dari Delegasi Pegawai-Pegawai Kerajaan Zimbabwe. Tujuan lawatan adalah untuk melihat bagaimana proses pengambilan penjawat awam dilaksanakan di Malaysia di samping berkongsi info pelaksanaan pengambilan penjawat awam di Negara Zimbabwe.

 
 
 
 
 

Continue reading

Februari 2020 Aktiviti 3

  • Intan Executive Seminar Series: “Penjajaran Perkhidmatan Awam Kepada Wawasan Kemakmuran Bersama (Wkb 2030)”

Dewan Jemerlang, IKWAS 05 Februari ----- Seminar ini bertujuan untuk memberikan penjelasan kepada para peserta mengenai dasar-dasar baharu kerajaan khususnya WKB 2030 dan peranan penjawat awam dalam melaksanakannya; serta perkongsian pengalaman ahli panel berkaitan penggubalan dan pelaksanaan dasar.

YBhg. Tan Sri Zainal Rahim Seman, Pengerusi SPA telah diundang sebagai panel bagi seminar ini. Turut hadir sama dalam seminar ini ialah YBhg. Datuk Zohari Bin Said, Setiausaha SPA.

 
 
 
 
 
 
 
 

Continue reading

April 2018 Aktiviti 3

  • BERITA RINGKAS 12 April ----- Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 13/2018 di Dewan Undangan Negeri Sarawak dan Mesyuarat Khas Suruhanjaya Bil. 1/2018 di Bilik Gerakan, Pejabat Setiausaha Persekutuan Sarawak

KUCHING, SARAWAK 12 April ----- Pada 10-11 April 2018 telah berlangsungnya Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 13/2018 yang bertempat di Dewan Undangan Negeri Sarawak dan Mesyuarat Khas Suruhanjaya Bil. 1/2018 bertempat di Bilik Gerakan, Pejabat Setiausaha Persekutuan Sarawak di Kuching, Sarawak. Kali ini, SPA Malaysia Cawangan Sarawak telah terpilih sebagai tuan rumah dengan kerjasama Bahagian Urus Setia Mesyuarat, SPA Malaysia. Mesyuarat-mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Arpah Abdul Razak, Pengerusi SPA Malaysia. Turut hadir ke mesyuarat-mesyuarat berkenaan ialah Timbalan Pengerusi YBhg. Dato’ Sri Zoal Azha Bin Yusof ,Ahli-ahli Suruhanjaya SPA Malaysia, YBhg. Dato’ Zainal Abidin Bin Ahmad, Setiausaha SPA Malaysia serta pegawai-pegawai SPA Malaysia yang lain. ----- Urus Setia Sarawak

 
 
 
 

Continue reading

April 2018 Aktiviti 4

  • BERITA RINGKAS 18 April ----- Program Ziarah Kebajikan SPAVOL Kemboja

KEMBOJA, 5-8 April ----- SPA Volunteer telah menganjurkan Program Ziarah Kebajikan SPA Volunteer (SPAVOL) Kemboja pada 5 hingga 8 April 2018 lepas. Tim Sukarelawan SPAVOL membawa barangan sumbangan berupa kit ibadah yang diagihkan kepada 150 keluarga miskin di Kampung Thnaot, Kratie, Kemboja. Sukarelawan SPAVOL turut menziarahi penduduk kampung dari rumah ke rumah dan menyampaikan sumbangan. Sebanyak 450 unit telekong, sejadah dan kain pelikat telah diagihkan. Di samping menziarahi dan menyampaikan sumbangan kepada penduduk miskin, Tim Sukarelawan SPAVOL turut mengadakan kunjungan hormat ke Kedutaan Besar Malaysia di Kemboja. Sukarelawan SPAVOL telah disambut oleh Minister Counsellor, Tuan Ruzaimi Mohamad. Selain itu, sukarelawan SPAVOL dibawa melawat kesan krisis kemanusian di bawah pimpinan Pol Pot yang telah membunuh rakyatnya sendiri. Mereka melawat "killing field" yang merupakan tempat pembunuhan kejam regim Khmer Rouge pimpinan Pol Pot. Mereka juga melawat The Sleng Genocide Museum yang merupakan tempat siksaan tahanan sebelum dibunuh di "killing field". Tempat tahanan ini sebelumnya merupakan sebuah sekolah yang telah diubah suai menjadi tempat menyiksa tahanan.

 
 
 
 

Continue reading

Jun 2020 Aktiviti 1

  • Kunjungan Hormat Ketua Pengarah Kastam Malaysia ke Pejabat Pengerusi SPA

PUTRAJAYA 12 Jun ----- Kunjungan Hormat oleh YBhg.Dato' Abdul Latif bin Abdul Kadir, Ketua Pengarah Kastam Malaysia ke pejabat YBhg.Tan Sri Zainal Rahim bin Seman, Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia telah diadakan pada 12 Jun 2020 (Jumaat) bersamaan 20 Syawal 144H bertempat di Pejabat Pengerusi SPA.

 
 
 
 
 
 

Continue reading

Your message here