Accessibility Tools

Skip to main content

Februari 2019 Aktiviti 1

  • Majlis Penyampaian Surat Pelantikan dan Penempatan kepada Pegawai Tadbir dan Diplomatik (Kemasukan Khas)

8 Februari 2019 ~ Pengerusi SPA Malaysia YBhg. Tan Sri Zainal Rahim Seman telah menghadiri Majlis Penyampaian Surat Pelantikan dan Penempatan kepada Pegawai Tadbir dan Diplomatik (Kemasukan Khas), bertempat di Dewan Seri Baiduri, INTAN Bukit Kiara.

Sumber foto : Intan Bukit Kiara

 
 
 
 

Continue reading

Ogos 2018 Aktiviti 6

  • BERITA RINGKAS 15 Ogos ----- Lawatan Kerja Ke Jabatan Imigresen Malaysia

KLIA, 14 Ogos ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) telah mengadakan perbincangan bersama Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) berkenaan urusan tatatertib yang diadakan di Pejabat Imigresen Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam. Delegasi SPA diketuai oleh Setiausaha Bahagian Naik Pangkat Dan Tatatertib, Puan Norazian Kamaruddin. Turut bersama dalam perbincangan ialah Pegawai Undang-Undang SPA, Puan Salwa Mhd Asrar, Pegawai Integriti SPA Mohd Haziman Mahmood dan pegawai-pegawai Bahagian NPT. Manakala JIM dihadiri pegawai kanan Unit Integriti jabatan berkenaan. Selepas sesi perbincangan delegasi SPA turut dibawa ke bilik keselamatan cop dan kaunter urusan pengesahan dokumen perjalanan di KLIA. -----MediaSPA

 
 
 

Continue reading

Februari 2019 Aktiviti 2

  • Kunjungan Timbalan Menteri Di JPM Ke SPA, YB. Datuk Wira Dr. Md Farid Md Rafik

PUTRAJAYA 13 Februari ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) telah menerima kunjungan daripada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB. Datuk Wira Dr. Md Farid Md. Rafik, semalam. Ketibaannya telah disambut oleh Pengerusi SPA, Tan Sri Zainal Rahim Seman. Seterusnya sesi taklimat telah disampaikan oleh Setiausaha SPA, Dato’ Zainal Abidin Ahmad . ----- MediaSPA

 
 
 
 
 

Continue reading

Ogos 2018 Aktiviti 7

  • Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 25 Tahun 2018

Mesyuarat Suruhanjaya Bilangan 25/2018 pada 13 Ogos 2018 di Putrajaya, dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Zainal Rahim Seman.

 
 

Continue reading

Februari 2019 Aktiviti 3

  • BERITA RINGKAS 15 Feb ----- ENCIK ZOHARI SAID SETIAUSAHA SPA YANG BAHARU --- Dato' Zainal

PUTRAJAYA 14 Feb ----- Encik Zohari Said daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) diumum sebagai Setiausaha Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) yang baharu menggantikan Dato’ Zainal Abidin Ahmad yang bersara wajib mulai hari ini. Pengumuman itu dibuat oleh Dato’ Zainal pada majlis perhimpunan bulanan SPA di Putrajaya petang semalam. Turut hadir Pengerusi SPA, Tan Sri Zainal Rahim Seman, Ahli Suruhanjaya serta pegawai-pegawai kanan dan warga SPA. Pada majlis itu juga Tan Sri Zainal menyampaikan kit kepada kakitangan baharu yang bertugas di SPA serta cenderamata kepada Dato’ Selwyn yang tamat perkhidmatan sebagai Ahli Suruhanjaya ----- MediaSPA

 
 
 
 

Continue reading

Ogos 2018 Aktiviti 8

  • PERISTIWA BERGAMBAR 20 Ogos ----- Latihan Kebakaran Blok C6 dan C7

Peristiwa bergambar : Pada 20 Ogos 2018 (Isnin), pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat telah mengadakan Latihan Kebakaran (fire drill) untuk bangunan C6 dan C7. Warga SPA turut terlibat dalam latihan kebakaran ini.

 
 

Continue reading

Februari 2019 Aktiviti 4

  • BERITA RINGKAS 15 Feb ----- Tan Sri Zainal Rahim Mengucapkan Tahniah Dan Selamat Bertugas Kepada Encik Zohari Said

PUTRAJAYA 15 Feb ----- Pengerusi SPA, Tan Sri Zainal Rahim Seman mengucapkan tahniah dan selamat bertugas kepada Encik Zohari Said yang melaporkan diri di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam sebagai Setiausaha SPA yang baharu menggantikan Dato’ Zainal Abidin Ahmad yang bersara wajib mulai hari ini. Setelah mengadakan perbincangan bersama Tan Sri Zainal selama 50 minit, beliau mengadakan perjumpaan dengan pegawai-pegawai kanan dan mempengerusikan mesyuarat di bilik mesyuarat Suruhanjaya di aras 10 ----- MediaSPA

 
 
 

Continue reading

Ogos 2018 Aktiviti 9

  • Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 26 Tahun 2018

Mesyuarat Suruhanjaya Bilangan 26/2018 pada 20 Ogos 2018 di Putrajaya, dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Zainal Rahim Seman.

 
 

Continue reading

Your message here