Oktober 2021 Aktiviti 1
- Kursus Latihan Audit Dalaman MS ISO 9001:2015
Putrajaya, 26 - 27 Oktober 2021 ----- Unit Inovasi dan Latihan, Bahagian Khidmat Pengurusan telah menganjurkan Kursus Latihan Audit Dalaman MS ISO 9001:2015 yang diadakan di Bilik Latihan Lavender, Aras 8. Seramai 30 orang juruaudit dalaman telah mengikuti kursus ini dan dikendalikan sepenuhnya oleh Puan Nurul Izza Jay, tenaga pengajar dari Sirim STS Sdn Bhd.
Tujuan kursus diadakan adalah untuk memberi pemahaman dalam menjalankan audit dalaman berasaskan MS ISO 9001:2015 di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) di samping memahami kaedah dan memelihara program audit dalaman serta melakukan tindakan pembetulan terhadap ketidakpatuhan sistem kualiti yang ditemui.
Mac 2018 Aktiviti 8
- BERITA RINGKAS 30 Mac ----- Lawatan Kedutaan Republik Maldives Di Malaysia
PUTRAJAYA, 29 Mac ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) telah menerima lawatan daripada Duta Besar Maldives ke Malaysia, H.E Mohamed Fahmi Hassan, semalam. Delegasi turut disertai pegawai-pegawai kanan kedutaan. Pengerusi SPA, YBhg. Tan Sri Arpah Abdul Razak telah menyampaikan taklimat SPA, yang turut dihadiri Setiausaha, YBhg. Dato’ Zainal Abidin Ahmad, Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan), Encik Ikhbal Hanam Mukras dan Timbalan Setiausaha (Pengambilan) Puan Ruziah Haji Shafei. ----- MediaSPA
Ogos 2012 Aktiviti 1
- Taklimat dan Pameran Kerjaya di Pertubuhan Gabungan Cina Malaysia (Hua Zong)
KUALA LUMPUR 6 Ogos------ Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) telah mengadakan Program Taklimat dan Pameran Kerjaya bersama Pertubuhan Gabungan Cina Malaysia (Hua Zong) di Kuala Lumpur, semalam (Ahad). Program yang diadakan selama sehari itu turut dihadiri oleh Ahli Suruhanjaya, Encik Boon Joh Lin, Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan) Puan Lim Mooi Eia, Setiausaha Bahagian Perkhidmatan Cik Chan Hong Jin dan pegawai-pegawai SPA. Hadir sama Presiden Pertubuhan Gabungan Cina Malaysia (Hua Zong), YBhg. Tan Sri Pheng Yin Huah. Antara aktiviti-aktiviti yang diadakan ialah taklimat kerjaya oleh Puan Lim Irene, Penolong Setiausaha Bahagian Pengambilan Khas, Encik Boon Jon Lin, Ahli Suruhanjaya dan juga wakil daripada Jabatan Tenaga Kerja serta Jabatan Kastam. Program Taklimat dan Pameran Kerjaya yang dihadiri oleh lebih daripada 200 calon berketurunan Cina juga boleh mendaftar permohonan jawatan secara online, menyemak status terkini permohonan dan mendapatkan khidmat nasihat daripada Bahagian Pengambilan, Bahagian Pengambilan Khas dan Bahagian Peperiksaan. Program kerjaya yang bermula jam 10.00 pagi dan berakhir jam 3.00 petang itu juga telah mendapat liputan meluas daripada pihak Media Massa. ------MediaSPA
Januari 2020
- Bengkel Konfigurasi Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) SPA Sesi 1/2020
- Majlis Amanat Tahun Baharu 2020
- BERITA RINGKAS 21 Januari ----- Mesyuarat Suruhanjaya Bil 3/2020 di Kompleks F
- Mesyuarat Suruhanjaya Bil 3/2020
- BERITA RINGKAS 17 Januari ----- Perhimpunan Bulanan SPA Januari 2020
- Mesyuarat Suruhanjaya Bil 1/2020
mac 2018
- BERITA RINGKAS 30 Mac ----- Lawatan Kedutaan Republik Maldives Di Malaysia
- BERITA RINGKAS 29 Mac ----- Sesi Par Excellence Civil Service Sempena Program STAR TN50
- Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 11 Bagi Tahun 2018
- Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 10 Bagi Tahun 2018
- BERITA RINGKAS 20 Mac ----- Mesyuarat Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan (SPKP) Ke-136
- Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 9 Bagi Tahun 2018
- Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 8 Bagi Tahun 2018
- BERITA RINGKAS 01 Mac ----- Perhimpunan Bulanan SPA
Januari 2020 Aktiviti 1
- Bengkel Konfigurasi Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) SPA Sesi 1/2020
Bengkel Konfigurasi Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) SPA Sesi 1/2020 oleh En. Mior Hasrul Affendi bin Mior Ahmad dari Biro Pengaduan Awam, JPM pada 21 - 22 Januari 2020 di Bilik Latihan, Bahagian Pengurusan Maklumat, Aras 8, Blok C7, Kompleks C, SPA, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan.
April 2018 Aktiviti 1
- Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 12 Tahun 2018
Mesyuarat Suruhanjaya Bilangan 12/2018 pada 2 April 2018 di Putrajaya, dipengerusikan oleh Pengerusi SPA, YBhg. Tan Sri Arpah Abdul Razak.