Taraf Latihan |
: |
Diploma |
Sesi Pengambilan |
: |
Januari dan Julai setiap tahun |
Tempoh Latihan |
: |
- Tiga (3) tahun bagi calon Lantikan Terus
- Satu (1) tahun bagi calon PSL daripada Jururawat Masyarakat
|
Tempat Latihan |
: |
- Institut Latihan KKM Sultan Azlan Shah
- Institut Latihan KKM Alor Setar (Kejururawatan)
- Institut Latihan KKM Bertam (Kejururawatan)
- Institut Latihan KKM Kuala Pilah (Kejururawatan)
- Institut Latihan KKM Sandakan (Kejururawatan)
- Institut Latihan KKM Johor Bahru
- Institut Latihan KKM Kubang Kerian (Kejururawatan)
- Institut Latihan KKM Kuching
- Institut Latihan KKM Kota Kinabalu
- Institut Latihan KKM Sungai Buloh
- Institut Latihan KKM Batu Pahat (Kejururawatan)
- Institut Latihan KKM Sibu (Kejururawatan)
- Institut Latihan KKM Kangar (Kejururawatan)
- Institut Latihan KKM Tawau (Kejururawatan)
|
Syarat Minimum Kelayakan Akademik Pada Peringkat SPM/setaraf |
: |
- Kepujian (sekurang-kurangnya Gred 6/C) dalam 3 subjek iaitu:
- Bahasa Melayu;
- Salah satu (1) subjek Matematik (Matematik/Matematik Tambahan);
- Salah satu (1) subjek Sains (Sains/Sains Gunaan/Biologi/Kimia/Fizik); dan
- Lulus (sekurang-kurangnya Gred 8/E) dalam dua (2) subjek lain; serta
- Lulus (sekurang-kurangnya Gred 7/D) dalam subjek Bahasa Inggeris;
Catatan: Syarat minimum kelayakan akademik pada peringkat SPM seperti di atas telah ditetapkan dan dipersetujui oleh Bahagian Pengurusan Latihan (BPL) KKM bagi pengambilan pelatih ke ILKKM sahaja.
|
Syarat Minimum Kelayakan Akademik Pada Peringkat Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) |
: |
- Lulus sekurang-kurangnya empat (4) mata pelajaran pada peringkat Maqbul dalam satu peperiksaan dengan kombinasi mata pelajaran berikut:
- dua (2) mata pelajaran dalam bidang Bahasa Arab, satu (1) mata pelajaran dalam bidang Syariah dan satu (1) mata pelajaran dalam bidang Usuluddin;
- satu (1) mata pelajaran dalarn bidang Bahasa Arab, dua (2) mata pelajaran dalam bidang Syariah 'dan satu (1) mata pelajaran dalam bidang Usuluddin;
- satu (1) mata pelajaran dalam bidang Bahasa Arab, satu (1) mata pelajaran dalam bidang Syariah dan dua (2) mata pelajaran dalam bidang Usuluddin;
- dua (2) mata pelajaran dalam bidang Bahasa Arab dan dua (2) mata pelajaran dalam bidang Syariah;
- dua (2) mata pelajaran dalam bidang Bahasa Arab dan dua (2) mata pelajaran dalam bidang Usuluddin;
- dua (2) mata pelajaran dalam bidang Syariah dan dua (2) mata pelajaran dalam bidang Usuluddin;
- tiga (3) mata pelajaran dalam bidang Bahasa Arab dan satu (1) mata pelajaran dalam bidang Syariah;
- tiga (3) mata pelajaran dalam bidang Bahasa Arab dan satu (1) mata pelajaran dalam bidang Usuluddin;
- satu (1) mata pelajaran dalam bidang Bahasa Arab dan tiga (3) mata pelajaran dalam bidang Usuluddin; atau
- satu (1) mata pelajaran dalam bidang Syariah dan tiga (3) mata pelajaran dalam bidang Usuluddin.
DAN
- memiliki sijil SPM dengan Kepujian (sekurang-kurangnya Gred 6/C) dalam tiga (3) subjek iaitu:
- Bahasa Melayu;
- Salah satu (1) subjek Matematik (Matematik/Matematik Tambahan);
- Salah satu (1) subjek Sains (Sains/Sains Gunaan/Biologi/Kimia/Fizik); dan
- Lulus (sekurang-kurangnya Gred 7/D) Bahasa Inggeris
Catatan: Syarat minimum kelayakan akademik pada peringkat STAM seperti di atas telah ditetapkan dan dipersetujui oleh Bahagian Pengurusan Latihan (BPL) KKM bagi pengambilan pelatih ke ILKKM sahaja.
|
Syarat permohonan bagi calon PSL dari Jururawat Masyarakat |
: |
- tidak melebihi 51 tahun pada sesi pengajian semasa bagi pegawai Peningkatan Secara Lantikan (PSL);
- pegawai sedang berkhidmat tetap sebagai Jururawat Masyarakat dan telah disahkan dalam perkhidmatan serta telah berkhidmat sekurang kurangnya empat (4) tahun;
- lengkap berkhidmat selama 36 bulan tanpa Cuti Tanpa Gaji (CTG)
- memiliki sijil Pembantu Jururawat/ Jururawat Masyarakat;
- berdaftar dengan LJM;
- memiliki Sijil Amalan Tahunan (APC) yang dikeluarkan oleh LJM;dan
- minimum tiga (3) tahun pengalaman klinikal.
|
Panduan Pendaftaran Di Dalam SPA9 |
: |
- Pemohon hendaklah memastikan hanya keputusan SPM yang sah didaftarkan di dalam Sistem SPA9 melalui menu “Maklumat Pemohon” -> “Maklumat Kelayakan Akademik” -> “SPM”. Keputusan SPM yang sah adalah sijil rasmi SPM yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia dan bukan slip keputusan peperiksaan percubaan SPM atau slip keputusan SPM.
- Pemohon yang berminat boleh mendaftarkan Latihan Jururawat di dalam Sistem SPA9 melalui menu “Maklumat Pemohon” -> “Jawatan Dimohon” -> “Latihan Separa Perubatan” -> pilih jenis Latihan Separa Perubatan yang berkenaan dan klik butang Tambah.
- Pemohon PSB dan PSL hendaklah memastikan maklumat sedang berkhidmat didaftarkan dengan lengkap dan teratur di dalam Sistem SPA9 melalui menu “Maklumat Pemohon” -> “Maklumat Pegawai Sedang Berkhidmat”.
|
Rujukan: Bahagian Pengurusan Latihan, Kementerian Kesihatan Malaysia